Pages

Monday, 4 March 2013

Resepi Spaghetti Carbonara

Tuan dan puan, jangan tak sudi untuk cuba resepi ini. Penulis masak untuk majlis hari raya aidilfitri tahun lepas. Ramai dan cuba resepi ini. Penulis rasa biasa jer rasanya tapi ramai pula yang minta resepi ini. Sebelum memulakan sesuatu masakan pasang niat yang suci.. tak mau kotor-kotor, mesti ikhlas.. istighfar banyak-banyak.. baca Basmalah dengan setiap aktiviti dan selawat jangan lupa ... "Selamat Mencuba Resepi"


Bahan-Bahan:-
1 bungkus spaghetti
1 bungkus ayam/daging cincang @ daging buger (jika mahu)
Mushroom butang (dihiris) / kentang potong dadu ( jika mahu)
1 tin sos carbonara Prego ayam

1 tin sos keju  Prego ( jika mahu)
1 tin sos champbell  mushroom (jika mahu)
1/2 cawan susu segar @ susu cair  + air
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Garam secukup rasa
Lada sulah. & Serbuk Lada Hitam
Lada benggala
Daun basil/ pasli/ mint ( daun herba kering): jika mahu
Cara cara :
1.     Rebus Spaghetti (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
2.     Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan ayam tadi  sampai ia masak sedikit garing  dan masukkan  Mushroom butang (dihiris) / kentang potong dadu beserta air  biar  sampai empuk.
3.     Masukkan sos carbonara, keju dan champbell  kacau sebati.
4.     Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
5.     letakkan garam dan lada sulah untuk perasanya,Lada benggala .
Daun basil/ pasli/ mint ( daun herba kering)


No comments: